Selasa, 22 Januari 2013

assalaamu'alaikum wa rahmatullaahi wa barakaatuh.

BERBEKAM. 

Apa itu berbekam? Bilakah waktu yang sesuai untuk berbekam? Apakah yang harus dilakukan sebelum dan selepas berbekam? Semua persoalan ini harus dirungkai sebelum seseorang itu hendak berbekam. Tidak boleh lah berbekam sesuka hati begitu sahaja. Ini ialah sunnah Rasulullah saw. Kalau betul caranya, insyaALLAH kesembuhan+ganjaran pahala pasti diperoleh! MasyaALLAH. 

pengenalan

"Sesungguhnya ALLAH menurunkan penyakit dan menjadikan setiap penyakit itu ada ubatnya, oleh itu hendaklah kamu berubat  dan janganlah berubat dengan benda-benda yang haram"
(Hadits Riwayat Abu Daud)

"Berubatlah kamu, kerana sesungguhnya ALLAH S.W.T yang menurunkan penyakit , Dia (ALLAH S.W.T) jualah yang menuunkan ubatnya"
(Hadits Riwayat Ahmad)

ASSALAAMU'ALAIKUM WA RAHMATULLAAHI WA BARAKAATUH. 

DEMIKIAN DI ATAS DINYATAKAN DUA HADIS YANG SAHIH. INI BAGI MENYATAKAN BAHAWA SETIAP PENYAKIT YANG DIUJI OLEH ALLAH SWT. PASTI DIKURNIAKAN PENAWARNYA. MENJADI TANGGUNGJAWAB KITA UNTUK MENCARI PENAWAR  DAN BERSABAR DIATAS UJIAN SETIAP PENYAKIT TERSEBUT. PERLULAH SENANTIASA INGAT BAHAWA SETIAP PENYAKIT ITU PENGHAPUS DOSA.

Untuk pengetahuan semua, blog ini dihasilkan untuk mengenengahkan kepada orang ramai mengenai pengertian perubatan jawi. Perubatan jawi ialah suatu sistem perubatan menyeluruh (holistik) yang menggabungkan 2 sumber utama iaitu sumber alamiah dan ilahiyah. 

Besar harapan kami semoga intipati di dalam blog ini menjadi panduan serta dapat memberi manfaat kepada semua pembaca. InsyaALLAH.

SEMOGA ALLAH SENANTIASA MEMASUKKAN KITA KEDALAM GOLONGAN HAMBA-HAMBANYA YANG SELALU BELAJAR. INSYAALLAH..